Dipanggil menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam sebagai Pereka Gred B29? Panggilan menduduki Peperiksaan Online SPA adalah berita gembira buat anda tetapi sesuatu yang amat mendebarkan kerana jika anda gagal dalam Peperiksaan Online tersebut, impian untuk mendapatkan jawatan yang diidamkan akan berkecai kerana hanya calon yang lulus sahaja yang akan dipanggil menghadiri sesi seterusnya. 


Jika anda mendapat panggilan menduduki Peperiksaan Online SPA, saat anda melakukan persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi. Masih tercari-cari contoh soalan Pengetahuan Am SPA? 


Buat calon Peperiksaan Online Pereka Gred B29 ambilan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 2 Disember 2021, di sini ada beberapa contoh soalan Peperiksaan Online Format Pengetahuan Am. Diharap dapat membantu format Peperiksaan Online Pengetahuan Am.


Anda perlu sedar dalam Peperiksaan Online sebelum ini ramai yang Gagal kerana tidak melakukan persiapan awal. Ini sesuatu yang menakutkan para calon.


Kegagalan dalam peperiksaan ini telah memusnahkan harapan calon untuk dipanggil ke sesi temuduga apatah lagi mendapat lantikan jawatan yang anda impikan. Anda juga tentu tidak mahu situasi ini berlaku terhadap diri sendiri. Jika ini berlaku, anda kena ulang lagi sehingga panggilan peperiksaan seterusnya.


SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM


Format peperiksaan yang bakal calon hadapi ialah SEKSYEN A: Pengetahuan Am dan SEKSYEN B: Kefahaman Bahasa Inggeris. Seksyen A iaitu Pengetahuan Am adalah bertujuan menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku peringkat antarabangsa dan isu-isu semasa dalam negara khususnya. Antara topik besar yang popular dalam Seksyen A adalah berkaitan dengan isu-isu semasa, isu politik, dasar-dasar awam, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan kawangan, teknologi dan komunikasi, keselamatan negara dan sebaginya. Bagi mendapatkan kesemua maklumat ini untuk ulangkaji tentu mengambil masa yang lama dan memenatkan.


Jika rajin, mohon buat banyak bacaan mengenai topik yang disenaraikan di atas. Bagi yang tidak mahu membuang masa untuk mencari maklumat, nota berkaitan dengan topik di atas, ada jalan pantas untuk anda iaitu mendapatkan Contoh Soalan Seksyen A dan Seksyen B PSEE.


CONTOH SOALAN SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM


Di bawah ini adalah antara contoh soalan Seksyen A : Pengetahuan Am. Ini cuma panduan awal dan gambaran soalan yang calon bakal hadapi.


1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai


A   Penubuhan ASEAN

B   Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN

C   Pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN

D   Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara



2. Kuasa tertinggi pentadbiran negara Malaysia adalah


A   Perdana Menteri

B   Majlis Raja-Raja

C   Yang di-Pertuan Agong

D   Perlembagaan Malaysia



3. Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindusterian kecuali


A   Mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated

B   Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara

C   Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan

D   Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindusterian negara



4. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama berikut, kecuali 


A   Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik

B   Menjana sinergi multisektor

C   Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial

D   Membangun dan memperkasa insan sepanjang hayat



5. Organisasi berikut merupakan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali


A   World Health Organization. 

B   International Monetary Fund. 

C   International Civil Aviation Organization. 

D   Civil Rights International Foundation. 



6. Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui perbincangan Transformasi Nasional (TN50) adalah:

 

A   Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi 

B   Kementerian Komunikasi & Multimedia 

C   Kementerian Kewangan 

D   Kementerian Belia dan Sukan 



7. Yang manakah bukan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Ringgit? 


A   Mikrofilem 

B   Jalur hologram 

C   Cetakan intaglio 

D   Benang keselamatan 



8. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kecuali: 


A   Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan 

B   Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi 

C   NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan 

D   NBOS adalah asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) 



9. Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali

 

A   Kuatkuasa undang-undang. 

B   Penganugerahan taraf. 

C   Percantuman wilayah. 

D   Pendaftaran. 



10. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli parlimen Dewan Negara? 


A   Senator 

B   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 

C   Ahli Majlis 

D   Ahli Dewan Negara 



11. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada 


A   Bahasa Melayu bahasa rasmi negara 

B   Kepentingan bahasa Melayu 

C   Bahasa Melayu bahasa orang Melayu 

D   Orang bukan Melayu juga boleh menggunakan bahasa Melayu 



12. Perlantikan YDPA adalah dilakukan oleh 


A   Majlis Raja-raja 

B   Majlis Perundangan Persekutuan 

C   Perdana Menteri 

D   Mahkamah Agung 



13. Siapakah yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman? 


A   Peguam Negara 

B   Perdana Menteri 

C   Yang di-Pertuan Agong 

D   Yang di-Pertua Dewan Negara 



14. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama di bawah, kecuali: 


A   Yang di-Pertuan Agong 

B   Parlimen 

C   Dewan Negara 

D   Dewan Rakyat


 

15. Berikut merupakan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali

 

A   Perkapalan dan Pelayaran. 

B   Pertanian dan Perhutanan. 

C   Perdagangan dan Perusahaan. 

D   Perhubungan dan Pengangkutan 


Bagaimana dengan soalan di atas? Mencabar? Jika calon melakukan persiapan rang rapi, semuanya dapat diatasi dengan mudah.


Jika calon memerlukan lebih banyak contoh soalan Seksyen A : Pengetahuan Am dan Seksyen B : Bahasa Inggeris yang lengkap dengan skema jawapan serta nota ringkas, segera dapatkan rujukan di bawah.





Contoh soalan dan nota ringkas ini dapat menjimatkan masa persediaan calon untuk menghadapi peperiksaan. Calon tidak perlu buang masa yang bernilai mencapi nota di google. Namun pilihan di tangan calon mengikut keselesaan.



PENUTUP


Jika anda perasan, kekosongan jawatan ini bukanlah banyak namun bilangan calon yang merebut jawatan yang tidak banyak ini terlalu ramai bukan ratus tetapi berpuluh ribu calon. Jadi anda kena bersaing dengan berpuluh ribu orang untuk merebut beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.


Percayalah, mereka sedang melakukan persiapan kerana mahukan jawatan yang diidamkan.


Semoga berjaya.


Post a Comment