Pengambilan PTD 2024/2025 kali ini bermula dengan tapisan Ujian Psikometrik. Tiada lagi peperiksaan online seksyen Pengetahuan am, Daya menyelesaikan masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris seperti tahun-tahun sebelum ini.
Jika calon lulus ujian psikometrik, baru ada ujian pengetahuan am semasa PTD Assessment Centre nanti. Soalan-soalan semasa assessment berkaitan pengetahuan calon tentang isu dan fakta - contoh tahap keselamatan sistem jalan raya di Malaysia, kesan krisis air negara dan lain-lain.
Ujian psikometrik adalah ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga. Itu antara kaedah penilaian yang digunakan untuk menyisihkan calon layak menjawat sesuatu jawatan dan tidak.
Seperti yang kita tahu, ujian psikometrik adalah untuk melihat keperibadian calon. Namun adakah ujian psikometrik ada status lulus dan gagal? Menurut SPA tidak ada istilah lulus atau gagal tetapi melepasi dan tidak melepasi tahap kelayakan.
Calon PTD Yang Terlibat Dalam Exam Psikometrik M41 boleh terus dapatkan panduan Peperiksaan Psikometrik yang pihak Portal PTD sediakan.
Panduan ini lengkap dengan nota cara jawab soalan Psikometrik beserta soalan terkini untuk membantu persediaan anda tackle soalan Psikologi Psikometrik berkaitan.
Proses Flow Lantikan Seorang PTD 2023 Yang Anda Perlu Tahu.
Sebelum dilantik pastikan anda mohon terlebih dahulu jawatan PTD.
Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) merupakan jawatan yang mempunyai prestij dalam kerajaan
Lantikan PTD amat berbeza dari lantikan jawatan kerajaan lain. Rujuk gambarajah
Untuk bergelar seorang PTD, kerjaya ini bermula dengan pendaftaran awal anda di portal SPA
Cukup syarat permohonan maka anda akan menduduki peperiksaan online PTD
Lulus exam maka anda perlu hadiri PAC PTD & seterusnya temuduga
Anda kata anda melepasi tahap ini maka anda kini merupakan seorang Kadet PTD, fasa ini anda masih belum disahkan lagi dalam jawatan PTD.
Setelah menjadi kadet PTD anda akan menjalani kursus Diploma in Public Management Programme (DPA) pula
Jika LULUS barulah anda akan disahkan dalam Jawatan PTD
PEPERIKSAAN ONLINE PTD M41 - UJIAN PSIKOMETRIK.
Pegawai Tadbir Diplomatik M41 jawatan paling berprestij dalam Perkhidmatan Awam. Mereka akan menjadi tunjang pentadbiran kementerian.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) adalah jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam dan ianya datang dari laluan kerjaya PTD.
Oleh sebab itu, proses pengambilan PTD adalah yang paling sukar dibandingkan dengan gred yang lain.
Kali ini Proses lantikan PTD 2024/2025 telah berubah dan berbeza dengan proses ambilan 2021/2022.
Sebagai contohnya dulu PTD bermula dengan Peperiksaan Online Seksyen (Pengetahuan am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris).
Kali ini tiada Peperiksaan Online Seksyen diganti dengan UJIAN PSIKOMETRIK. Ini adalah ujian paling banyak soalan yang perlu dijawab 564 soalan, masa 3 jam.
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK
Berikut ini beberapa gambaran contoh soalan ujian psikometrik yang bakal dihadapi oleh calon ujian psikometrik. Soalan ini adalah gambaran yang dikongsikan oleh calon yang pernah menduduki ujian psikometrik sebelum ini.
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
5. Saya berasa tertanggu apabila orang lain menganggu kerja saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
7. Pepatah "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh" tidak sesuai pada masa kini.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
13. Impresi pertama mempengeruhi pendapat seseorang.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
14. Saya menangis apabila perasaan saya tertekan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
15. Saya mudah berasa bosan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
16. Saya akan membuktikan keputusan saya buat adalah betul.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
18. Saya menghadiri majlis dan meninggalkan sebaik sahaja ia bermula.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
Tempah Rujukan Ujian Psikometrik PTD/link/button
Ujian psikometrik ini nampak tidak sukar tetapi soalan direka untuk mengelirukan.
Jika anda mahu lebih banyak soalan ujian psikometrik untuk membuat ulangkaji yang dilengkapi dengan skema jawapan, jangan berfikir dua kali, anda berada ditempat yang tepat. Terdapat 200 contoh soalan ujian psikometrik berserta skema jawapan dan nota padat untuk anda melakukan ulangkaji sebelum menduduki ujian psikometrik. Sekiranya anda berminat dapatkan rujukan versi penuh memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia.
Rujukan Psikometrik ini bukan untuk jawatan memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia tetapi ia merupakan rujukan umum. Rujukan ini sesuai dijadikan rujukan bagi mana-mana jawatan yang mempunyai ujian psikometrik.
Post a Comment