Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Sains Gred C41 (Jabatan Kimia Malaysia, Sabah,Sarawak, Semenanjung)


Adakah anda mendapat panggilan menduduki ujian psikometrik sebagai Pegawai Sains Gred C41 pada 4 Julai 2024 dan 9 Julai 2024 ini? Kami dari Tim Infokerjaya mengucapkan tahniah kepada yang mendapat panggilan menduduki ujian psikometrik. Panggilan menduduki ujian ini adalah peluang bagi anda untuk menjawat jawatan idaman anda. Namun itu bergantung kepada keputusan ujian psikometrik yang anda bakal duduki.

Untuk mendapatkan jawatan ini, anda kena lulus ujian psikometrik. Sekiranya lulus, anda akan dipanggil ke sesi temuduga pula. Jika anda melepasi sesi temuduga, anda akan mendapat surat tawaran untuk menjawat jawatan yang anda pohon. Begitulah step yang kena anda lalui untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Sains Gred C41.

Oleh itu anda mestilah lulus dalam ujian psikometrik dengan cemerlang kerana jika anda lulus barulah dipanggil ke sesi temu duga dan seterusnya dilantik.


APAKAH UJIAN PSIKOMETRIK?


Rasanya anda sudah tahu tapi biar anda baca sebagai ulangkaji. Ujian Psikometrik merupakan instrumen untuk mengukur kecenderungan, personaliti dan kesesuaian calon dengan jawatan yang dimohon berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) dan sifat kerja berpasukan (team-fit).

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Secara dasarnya penilaian psikometrik tiada jawapan betul atau salah. Penentuan sama ada calon melepasi atau tidak melepasi tahap penilaian mengambil kira skor merit, jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan dan bilangan calon yang menduduki PSEE.

Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.

Diringkaskan cerita, ujian psikometrik adalah untuk menyingkir calon yang tidak melakukan persiapan rapi.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam


Berikut ini beberapa gambaran contoh soalan ujian psikometrik yang bakal dihadapi oleh calon ujian psikometrik. Soalan ini adalah gambaran yang dikongsikan oleh calon yang pernah menduduki ujian psikometrik sebelum ini.

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


5. Saya berasa tertanggu apabila orang lain menganggu kerja saya.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


7. Pepatah "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh" tidak sesuai pada masa kini.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


13. Impresi pertama mempengeruhi pendapat seseorang.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


14. Saya menangis apabila perasaan saya tertekan.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


15. Saya mudah berasa bosan.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


16. Saya akan membuktikan keputusan saya buat adalah betul.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


18. Saya menghadiri majlis dan meninggalkan sebaik sahaja ia bermula.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah


20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

A) Sangat kerap
B) Kerap
C) Tidak pasti
D) Kadang-kadang
E) Tidak pernah

Ujian psikometrik ini nampak tidak sukar tetapi soalan direka untuk mengelirukan. 


Jika anda mahu lebih banyak soalan ujian psikometrik untuk membuat ulangkaji yang dilengkapi dengan skema jawapan, jangan berfikir dua kali, anda berada ditempat yang tepat. Terdapat 200 contoh soalan ujian psikometrik berserta skema jawapan dan nota padat untuk anda melakukan ulangkaji sebelum menduduki ujian psikometrik. Sekiranya anda berminat dapatkan rujukan versi penuh.

Rujukan Psikometrik ini sebenarnya bukan untuk jawatan ini tetapi ia merupakan rujukan umum untuk jawatan-jawatan lain. Pendek kata, rujukan ini sesuai dijadikan rujukan bagi mana-mana jawatan yang mempunyai ujian psikometrik yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Mengapa anda perlukan rujukan psikometrik?


Pertama, adalah lebih baik anda hadir ke sesi ujian psikometrik dengan persediaan berbanding hadir ke sesi ujian psikometrik tanpa melakukan apa-apa persiapan.

Contoh soalan berserta skema jawapan dan nota ringkas lagi padat dalam rujukan psikometrik ini dapat menjimatkan masa anda untuk mencari bahan di google.

Paling penting, anda yakinlah dengan kemampuan Tim Infokerjaya yang menerbitkan rujukan ini sejak 2009. Sudah berpuluh ribu jualan rujukan ini dan berjaya membantu ramai calon lulus dengan cemerlang dalam ujian psikometrik. Rujukan ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut situasi semasa. Tidak sama seperti buku fizikal yang tidak dikemaskini sejak diterbitkan.

Ada jaminan saya lulus kalau dapatkan rujukan ujian psikometrik ini?


Seperti yang saya nyatakan, lebih baik anda hadir ke sesi ujian psikometrik dengan persediaan berbanding hadir ke sesi ujian psikometrik tanpa melakukan apa-apa persiapan.

Penentu anda dipanggil ke sesi temuduga bergantung kepada bilangan kekosongan jawatan. Ujian psikometrik adalah ujian penyingkiran calon yang terlalu ramai. Sebagai contoh kekosongan jawatan Pegawai Sains Gred C41 adalah 20 kekosongan dan pastinya SPA mengambil berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Semoga bermanfaat.





Post a Comment